Jumaat, 27 April 2018

Bercuti Di Korea Selatan: Day 8 (bermain Runningman di Insadong dan melawat Old Seoul Station, makanan halal di Insadong)


Percutian di Korea pada musim bunga 2018



Hari ini hari ke-8 dan hari terakhir kami di Korea. 




Bermain Running Man Di Insadong

Running Man Game di Insadong, Korea

JUMAAT, 20hb April 2018

ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI

SEOUL STATION  >>  INSADONG (RUNNINGMAN THEMATIC EXPERIENCE CENTER)  >>  JYOTI RESTAURANT, INSADONG  à  INCHEON AIRPORT

Hari ini hari terakhir kami di Korea. 
Kami bersarapan dan kemas apartment sebelum checkout pada pukul 11 pagi. 
Kami terus menuju Seoul Station dan menyimpan beg kami dalam locker di situ dan kemudian ambil subway ke Insadong.

Bermain permainan Runnning Man di Insadong, Korea

Kami ke Runningman Thematic Experience Center. 

patung runningman

Setiap orang perlu membeli tiket berharga 16,000 won untuk masuk dan menyelesaikan mission yang di beri. Ada markah diberikan untuk setiap mission 
dan jika berjaya melepasi markah tertinggi, anda akan dapat Sijil Running Man. 


tempat permulaan permainan running man



Semua game/mission di sini pernah dijalankan oleh ahli Running Man.

Saja suka-suka, alang2 dah sampai ke Korea.😀😀😀



Makanan halal di  JYOTI RESTAURANT, INSADONG


Kami makan tengah hari di Jyoti Restaurant yang terletak tidak jauh dari tempat Running Man, kami berjalan kaki saja ke sana. 
Makanannya sangat sedap dan harganya lebih kurang sama dengan Taj Restaurant di Itaewon.

Kami kemudiannya pergi ke Seoul Station semula,
 ambil beg dari locker.
Add caption




 Sebelum menaiki subway ke Incheon Airport, 
kami sempat bergambar di hadapan Old Seoul Station.

bergambar di Old Seoul Station, ketika bercuti di korea


Terdapat deretan pokok2 cherry blossom yang masih lebat bunganya sepanjang perjalanan kami ke Incheon, memang cantik. 
Walaupun kami tiba di Korea selepas Cherry Blossom Festival tapi kami masih sempat melihat deretan cherry blossom di Everland dan semasa perjalanan balik ke Incheon airport.  

Hampir setiap hari semasa di korea, kami akan beli strawberry korea, rasanya sangat2 manis dan sedap. Kami bertuah kerana selalu dapat beli strawberry korea dengan harga diskaun, Satu kotak besar hanya 3,000 Won. Kalau di Malaysia , harga sekotak kecil  strawberry korea hampir RM 27.00.


Orang Korea sangat peramah.



Sepanjang kami di Korea, kami dapati orang Korea sangat peramah walaupun kebanyakkannya tidak fasih berbahasa Inggeris.

Receptionist yang bertugas di apartment kami akan menegur kami setiap kali kami hendak keluar berjalan.

Semasa kami mencari-cari War Memorial, seorang ajumma datang menunjukkan arah kepada kami walau pun kami tidak bertanya dia.

Semasa kami di  Gwangmyeong Park, kami di sapa oleh penduduk di situ.

Ketika dalam perjalanan dari Guil Station ke Seoul, terdapat sekumpulan warga mas menaiki subway. 
Dari cara  mereka berpakaian dan peralatan yang mereka bawa, kami rasa mereka baru pulang dari hiking. Mereka menyapa dan berbual2 dengan kami. 
Mereka juga menghulurkan chewing gum dan biskut kepada kami.

Ketika di Namdaemun pun, ramai yang menegur dan ada yang sempat bercerita panjang dengan kami.

Tuan punya kedai tempat kami beli cerderahati di Namdaemun pun  sangat ramah dan dia memberi kami susu berperisa pisang yang memang kami suka . 

Di farmer's Market di Gwanghwamun Square pun begitu, ada orang Korea yang menyapa kami.

Kami pernah berhenti untuk melihat peta yang ditampal di stesen subway dan tiba-tiba ada orang korea yang menegur kami untuk membantu kami.

Kami juga rasa selamat berjalan di Korea,
 kemana saja kami pergi,
tak kira malam atau siang, 
ada saja kumpulan polis yang bertugas.
 Mereka berjalan dalam kumpulan 3-5 orang. 

Apa-apa pun, sudah tiba masa untuk kami pulang ke Malaysia.
SELAMAT TINGGAL, KOREA



Bercuti di Korea Selatan: Day 7 (Membeli cenderahati di Namdaemun dan Myeongdong)


Membeli-belah di Namdaemun dan Myeongdong, Korea

KHAMIS, 19 April 2018


Hari ini hari ke-7 kami di Korea.




namdaemun market, korea


ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI


NAMDAEMUN MARKET >>  MYEONGDONG >> HALAL KITCHEN >> SEOUL STATION

Membeli-belah di NAMDAEMUN MARKET


Hari ini ialah hari shopping kami. 
Kami ke Namdaemun Market awal pagi lagi. Kedai-kedai di sini di buka pada pukul 11 malam hingga pukul 5 petang keesokkannya.

Di sini kami membeli cendera hati seperti keychain,fridge magnet, T-shirt dll.




Kami beli kebanyakkan barang di kedai Namil Arts And Crafts ini 
kerana harganya murah berbanding kedai lain dan senang minta diskaun 😀😀😀

Namil Arts And Crafts, Namdaemun Market, Korea. Barangnya agak murah


Kami juga beli manisan Dragon Beard yang diperbuat daripada madu dan kacang untuk keluarga di Malaysia. Harga Dragon Beard di sini jauh lebih murah daripada yang di jual di Myeongdong. 

Peniaga di Namdaemun, sama dengan peniaga di Hongkong. 
Kebanyakkan mereka boleh bertutur Bahasa Malaysia asas untuk urusan jual beli.

Membeli-belah di Myeongdong, Korea

MYEONGDONG

membeli-belah di myeongdong, korea selatan


Kami kemudian menaiki subway ke Myeongdong. 

Sebenarnya kalau jalan kaki dari Namdaemun ke Myeongdong tidak lah jauh, 
hanya 15 minit saja.

Di sini kami banyak membeli barang-barang makeup 
terutamanya Facial mask yang agak murah.



Makan makanan korea di HALAL KITCHEN

Kami makan tengah hari di Halal Kitchen yang menyajikan makanan korea halal.
Sedap jugak tapi  menu-nya agak terhad.


SEOUL STATION


old seoul station pada waktu malam



Kami ke Seoul Station untuk memastikan ada locker di sini. 
Esok kami perlu checkout sebelum pukul 11 pagi manakala penerbangan balik pula pukul 1130 malam. 
Jadi kami perlukan locker untuk simpan beg kami selepas checkout dari apartment.

Kami jumpa beberapa locker di sini dan memilih untuk meletak beg kami di kawasan locker yang paling senang untuk kami bergerak ke airport esok.