Jumaat, 27 April 2018

Bercuti di Korea Selatan: Day 5 (Mencari Canola Field, melawat Seokchonhosu Lake dan Lotte World Mall.


Percutian ke Korea pada musim bunga 2018


SELASA, 17 hb April 2018


Hari ini hari ke-5 kami di Korea.

ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI

GWANGMYEONG PARK >>  SEOKCHONHOSU LAKE >>LOTTE WORLD MALL  >>  ITAEWON

Hari ini kami tidak keluar begitu awal. 
Kami memang merancang untuk berehat dan keluar agak lewat hari ini.  

Selepas solat dan makan tengah hari, kami berjalan kaki ke Gwanghwamun Square 
untuk bergambar dengan monumen Admiral Yi Su-Shin  sebab kami tak sempat berbuat demikian hari Ahad lepas.

Bergambar berlatar belakang Admiral Yi Su-Shin, Gwanghwamun Square, ketika bercuti di Korea


Mencari Ladang Canola di Seoul Korea

GWANGMYEONG PARK

Kemudian kami menaiki subway ke Guil Station untuk ke Gwangmyeong Park. 
Kami ada terbaca di blog yang ditulis oleh orang Korea sendiri yang mengatakan terdapat Canola Field di sini dan waktu terbaik untuk melawat tempat ini ialah pertengahan hingga akhir April.
 Jadi walaupun kami tidak ke Jeju, kami masih boleh menikmati keindahan Canola Field berdekatan Seoul.

Semasa kami di stesen Subway, kami ternampak signboard Canola field di Gwangmyong Park ini, sangat cantik. 

Sayangnya apabila kami sampai di sana, Canola belum berbunga. 
Dan kawasan ini baru ditanam bunga Tulip. 
Tak ada rezeki nak tengah Canola Field yang menguning.


Gwangmyeong Park

SEOKCHONHOSU LAKE


SeokChonhosu Lake, Korea



Jadi kami teruskan saja perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu SeokChonhosu Lake.  
Pemandangan di sini cantik dan suasananya tenang.


SeokChonhosu Lake, Korea


Ramai pengunjung di sini walaupun pada hari kerja. 



Tempat ini terkenal dengan keindahan cherry blossom
Tapi semasa kami di sana, cherry blossom sudah tiada. 
Namun kami tak terkilan sebab sempat melihat deretan cherry blossom yang banyak di Everland semalam.


LOTTE WORLD MALL


Lotte Tower, Korea

Kami kemudiannya menyeberang jalan dan singgah di Lotte World Mall.
Kami masuk ke Lotte World Mart untuk membeli barang dapur seperti telur, susu, sayur, cereal dll . 
Harga barang-barang ini  di sini jauh lebih murah dari kedai di Itaewon.









Walaubagaimana pun, kami  perlu juga ke Itaewon sebab telah kehabisan bekalan ayam/daging halal. 
Sekali lagi, sebelum pulang ke apartment, 
kami singgah makan malam di Taj Restaurant kerana makanan di situ memang lazat.


1 ulasan:

  1. If you're attempting to lose weight then you certainly have to start using this totally brand new custom keto diet.

    To produce this keto diet service, certified nutritionists, personal trainers, and chefs have united to develop keto meal plans that are productive, convenient, money-efficient, and delightful.

    Since their first launch in 2019, hundreds of people have already transformed their figure and health with the benefits a certified keto diet can give.

    Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-tested ones provided by the keto diet.

    BalasPadam