Jumaat, 27 April 2018

Bercuti di Korea Selatan: Day 4 (Percutian di Everland, Korea)

Bercuti di EVERLAND, Korea Pada Musim Bunga


ISNIN, 16hb April 2018

Hari ini hari ke-4 kami di Korea.

ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI


EVERLAND

Kami sekeluarga bercuti di Everland, South Korea pada musim bunga


Kami bergerak agak awal hari ini untuk ke Everland kerana kedudukannya agak jauh.

CARA UNTUK KE EVERLAND, KOREA

Kami naik subway dari Gwanghwamun ke Wangsimni, kemudian transfer line ke Giheung.
Lepas tu transfer line lagi ke Jeondae.
Dari Stesen Jeondae, naik shuttle bus percuma ke Everland.


Cara Kami Beli Tiket Murah Untuk Ke Everland, Korea

Tiket ke Everland telah kami beli awal2 lagi di Malaysia kerana harganya jauh lebih murah. 
Hanya RM 135 seorang berbanding harga asal hampir RM 200 seorang.
Kami beli tiket dari Triba East di 11Street. Selepas bayaran dibuat di 11Street, pihak Triba East menghantar tiket/QR code kepada kami melalui e-mel. 

Apabila tiba di Everland, kami tidak lagi perlu beratur panjang, kami terus ke pintu masuk, tunjukkan QR code kepada petugas dan terus di benarkan masuk. Setiap kali hendak masuk menonton show atau menaiki apa2 permainan di sini, kami hanya perlu tunjukkan QR Code yang ada dalam handfon masing2.

Tulip Festival, Musim Bunga di Everland



Tulip Festival di Everland, Korea Selatan



Ketika ini di Everland berlangsungnya Tulip Festival 
jadi pemandangan di sini cantik dan berwarna-warni. Pelbagai warna tulip ditanam di Everland, merah, oren, pink dll. Bunga Canola pun ada tapi tak banyak seperti di Jeju.

Tulip Festival di Everland, korea

Tulip Festival , Everland, Korea

Bunga tulip terdapat di merata tempat di Everland Korea pada msim bunga

Keindahan deretan Cherry Blossom di Everland, Korea

Tapi apa yang paling menarik bagi kami ialah 
deretan cherry blossom
yang masih banyak dan mekar di sini. Walaupun Cherry Blossom Festival sudah berakhir di Korea, tapi di Everland bunga-bunga ini masih banyak. Bila angin bertiup, bunga-bunga ni gugur seperti salji. sangat cantik. 

Deretan Cherry Blossom di Everland,korea


cherry blossom in Everland, korea

Carnival Fantasy Parade.di Everland Korea

Semasa di sini,kami makan shrimp burger di Burger Cafe untuk makan tengah hari.
Selesai makan, kami keluar  dan duduk betul-betul dihadapan Burger Cafe untuk menyaksikan parade yang pertama iaitu Carnival Fantasy Parade.


Carnival Fantasy Parade.Everland



Tempat Solat Di Everland, Korea

Dan selesai parade,
kami solat di sebelah Mystery Mansion.
Di sini ada satu tempat solat sahaja. Kenalah bergilir-gilir dan jangan memakan masa yang lama di sini kerana tempatnya kecil dan perlu bergilir-gilir solat lelaki dan wanita.

Pintu hijau sebelah kanan Mystery Mansion ialah tempat solat di Everland


Banyak persembahan di Everland ni, kena betul-betul atur jadual berjalan-jalan di sini supaya tak terlepas persembahan yang menarik.

antara persembahan di Everland, korea


Kalau ke Everland, wajib naik bas Safari Ride!!

Selain parades, shows  dan tarikan lain, 
yang paling menarik untuk kami di sini ialah Safari Rides
Tak rugi beratur panjang untuk naik bas menuju ke safari ini, sangat menyeronokkan dengan pelbagai gelagat lucu haiwan di sini terutamanya beruang-beruang besar yang dilatih untuk menghiburkan pelancong. 


Carnival Fantasy Parade, Everland, Korea



Dan sekiranya anda ingin menaiki Robot VR,
 kami cadangkan jangan menaikinya terlalu awal.
Robot VR menyebabkan anda pening dan mungkin rasa tidak selesa untuk bersiar-siar selepas menaikinya. Dan untuk pengalaman Robot VR ini, anda perlu bayar 5,000 Won setiap seorang walaupun anda sudah ada tiket masuk ke Everland.

Robot VR, Everland, Korea

Moon Light Parade, Everland Korea

Selepas parade yang kedua iaitu Moon Light Parade, 
kami terus keluar dari Everland dan menaiki Shuttle bus. Kami memang merancang untuk tidak menyaksikan pertunjukan bunga api kerana ingin pastikan kami tidak kelam kabut mengejar shuttle bus dan Subway untuk pulang ke apartment.


moon light parade di everland, korea

Moon light parade di Everland

Kami masak makan malam dan berehat. 
Setelah keletihan seharian di Everland, 
kami merancang untuk berehat esok. Kami hanya akan keluar esok selepas makan tengah hari dan solat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan