Jumaat, 27 April 2018

Bercuti di Korea Selatan: Day 6 (Menaiki Zipline ke Nami Island, bercuti di Petite France, Korea dan membeli-belah di Hondae)


Bercuti di Nami Island dan Petite France, Korea 

RABU, 18hb April 2018


Hari ini hari ke-6 kami di Korea.



ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI

NAMI ISLAND   >>  PETITE FRANCE  >>  HONGDAE SHOPPING STREET/HONGIK UNIVERSITY AREA

Kami keluar awal pagi, naik subway untuk ke Nami Island. 


CARA UNTUK KE NAMI ISLAND, KOREA


Naik subway dari  Gwanghwamun ke Gunja. 
Transfer line Gunja ke Sangbong. Kemudian transfer line lagi ke ITX menuju ke Chuncheon. 
(Kami naik ITX line biasa, bukan ITX line ekspress. Kalau ITX express, ada nombor tempat duduk pada gerabak dan harga lebih mahal.)

Turun di Gapyeong, iaitu sebelum tiba di Chuncheon. 
Dari stesesn Gapyeong, naik shuttle bus ke Namiseom Wharf. KAmi beli tiket shuttle bus berharga KRW6000 setiap orang.  
Bayaran tiket diserahkan kepada pemandu bas. 
Tiket ini termasuk tiket untuk ke Nami Island, Petite France dan Garden of Morning Clam. 


NAMI ISLAND

NAmi ISland, Korea pada musim bunga 



Menaiki Zipline ke Nami Island, Korea

Dua daripada anggota keluarga kami memilih menaiki Zip Line ke Nami Island. 
Bayaran yang dikenakan ialah 38,000 Won seorang dan tak perlu buat visa. 
Perjalanan pulang ialah dengan menaiki feri.

Menaiki zipline untuk ke Nami Island, Korea


Pengalaman Menaiki zipline ke nami island, korea


Untuk ahli keluarga lain, 
kami perlu beratur dikaunter dan menunjukkan passport kami untuk dapat tiket masuk ke Nami Island. 
Kemudian beratur untuk menaiki feri ke Nami Island.


feri untuk ke Nami Island


Papan tanda pelbagai bahasa dan negara di nami island


pentas di nami island, korea


nami island, korea

Nami ISland, korea
nami island

musim bunga di nami island, korea



Keindahan Cherry Blossom di Nami ISland

Di Nami Island terdapat juga Cherry blossom tapi tidak banyak. Jika kami datang lebih awal ke Nami, mungkin lebih banyak bunga-bunga cherry ini, tentu sangat cantik pemandangannya.


keindahan cherry blossom pada musim bunga di Nami Island, korea

Restoran halal dan tempat solat di Nami ISland, Korea

Kami makan tengah hari di Asian Cusine dan solat di tempat bersebelahan restoran ini. Di sini juga ada wanita menjual pau kacang atau steamed bun. Rasanya lebih kurang saja dengan pau kacang malaysia 😊😊.



Menaiki bas ke Petite France Korea dari Nami Island

Selepas makan dan solat, kami menaiki feri dan naik bas ke Petitie France menggunakan tiket bas yang sama. 
Jalan ke Petitie France agak bersimpang-siur dan berbukit-bukit. 
Agak pening ketika di atas bas. 😓😓😓



PETITE FRANCE, KOREA

Bergambar gaya Runningman  ketika bercuti di Petite France, Korea


Tempat ini seperti Colmar Tropical di Malaysia tapi rasanya ia lebih kecil. 
Pemandangan di sini cantik, sesuai untuk bergambar. 
Kalau dah sampai Nami, elok la singgah di sini, naik bas dalam 30 minit.

petite france, korea


Bercuti di Petite France, Korea


pintu masuk petite france, korea

Kami tidak lama di Petite France. 
Kami juga tidak ke Garden Of Morning Calm kerana melihat gambar2 tempat ini di Instagram, 
nampaknya bunga-bunga belum betul-betul mekar dan cantik lagi. 
Jadi kami balik ke Seoul dan singgah di Hondae.

Berjalan-jalan di Hongdae shopping street Korea


 HONGDAE SHOPPING STREET/HONGIK UNIVERSITY AREA

hongdae, KOrea


antara persembahan di sepanjang jalan di hongdae

Tempat ini sangat meriah. 
Ia tempat “orang muda” shopping dan menunjukkan bakat mereka. 
Baju-baju yang dijual di sini cantik2 dan harga agak berpatutan. Suasana di sini sangat meriah dan anak-anak muda di sini seperti berlumba-lumba menunjukkan bakat mereka menyanyi dan menari di sepanjang jalan di sini.

Kami sempat makan street food yang halal di sini sebelum pulang ke apartment untu makan malam.

3 ulasan:

  1. Sis bleh tanya brp harga visa ke nami island by ferry?

    BalasPadam
  2. sy pun ingin tanya soalan yang sama kerana saya dapati harga berbeza2... terkini di website namisum cakap 13000 won.. jika dah dpt jwpan... harap dpt share.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah naik harga.. Dulu for foreigner 8000.. Skrg dh 13000

      Padam