Percutian ke Seoul, Korea pada musim bunga 2018
13 April 2018
Hari ini hari ke-2 kami di Korea.
ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI
KLIA2 >> SEOUL, KOREA
Kami tiba di lapangan terbang Incheon
hampir pukul 1030 malam. Semasa di atas kapal terbang, kami diminta mengisi
borang. Borang untuk imigresen perlu di
isi oleh setiap orang manakala borang untuk pemeriksaan kastam cuma perlu di
isi oleh seorang sahaja untuk setiap keluarga.
Urusan di kaunter imigresen berjalan
pantas tanpa masalah. Malah semasa menyemak cap jari dan proses meneliti
gambar, pegawai imigresen korea memasang arahan audio dalam bahasa Malaysia.
Semasa melalui kastam pula, kami hanya perlu
ikut laluan sendiri. Walaupun kami ada membawa sebuah beg besar berisi makanan
dari Malaysia tapi kami tidak membawa apa-apa barangan larangan, jadi kami
berjalan mengikut papan tanda yang berkenaan dan terus keluar ke balai
ketibaan.
Oleh sebab kami tiba lewat malam dan kami
bimbang terlepas perkhidmatan subway atau bas harian korea, kami memilih untuk
menempah van. Kami buat tempahan melalui Lurima Travel Agent dengan membayar
deposit RM 100. Deposit akan dikembalikan apabila kami pulang ke Malaysia
nanti. Bayaran 90,000 Won untuk 6 orang perlu dibayar kepada pemandu van (orang korea).
Tiba di apartment, receptionist apartment
membawa kami ke apartment kami di tingkat 16. Kami memasukkan kod untuk membuka
pintu. Setelah memastikan kami dapat masuk ke dalam apartment barulah dia beredar. Baik betul dia.
Bercuti di Yeouido Park untuk Cherry Blossom Festival
SABTU, 14hb April 2018
ITINERARI & LALUAN KAMI DI KOREA HARI INI
HANGANG YEOUIDO PARK >> WAR MEMORIAL
of KOREA >> ITAEWON
Kami bersarapan di apartment dan sedia
untuk keluar. Hari pertama kami di sini, cuaca sangat sejuk, hujan renyai2 dan
berangin.
Kami menaiki subway ke Yeouido Park
untuk melihat Cherry Blossom.
Cherry Blossom Festival sudah berakhir sehari sebelum kami sampai jadi bunga cherry yang cantik sudah banyak yang gugur.
Cherry Blossom Festival sudah berakhir sehari sebelum kami sampai jadi bunga cherry yang cantik sudah banyak yang gugur.
Sebenarnya kami ingin berjalan2 lagi di
Yeoido Park, teringin nak bergambar dengan signage
I SEOUL YOU yang famous tu, tapi keadaan cuaca yang terlalu sejuk menyebabkan kami terpaksa batalkan hajat kami.
I SEOUL YOU yang famous tu, tapi keadaan cuaca yang terlalu sejuk menyebabkan kami terpaksa batalkan hajat kami.
WAR MEMORIAL OF KOREA
Kami menaiki subway dari Yeoido Park ke War Memorial
Park.
Di sini terdapat pelbagai pameran sejarah ketenteraan Korea.
Sepatutnya
pukul 3 petang hari ini ada pelbagai persembahan di Peace Plaza seperti
Military Musical Performance,
Traditional Martial Arts,
Women Honor Guard Marching,
tapi ketika kami sampai
Peace Plaza sedang di ubah suai jadi semua persembahan di batalkan.😢😢😢
![]() |
war memorial of korea |
Di sini terdapat pelbagai pameran sejarah ketenteraan Korea.
![]() |
war memorial of korea |
Military Musical Performance,
Traditional Martial Arts,
Women Honor Guard Marching,
tapi ketika kami sampai
Peace Plaza sedang di ubah suai jadi semua persembahan di batalkan.😢😢😢
ITAEWON
Kami kemudiannya ke Itaewon untuk membeli ayam & daging halal serta makanan kering.
Tapi kami makan tengah hari dulu di Taj Restaurant.
Beriani ayam, beriani kambing dan nasi gorengnya sangat sedap. 70,000 won untuk 6 orang.
Tapi kami makan tengah hari dulu di Taj Restaurant.
Beriani ayam, beriani kambing dan nasi gorengnya sangat sedap. 70,000 won untuk 6 orang.
nasi goreng di Taj restaurant, Itaewon |
Kami kemudiannya membeli barang dapur di Foreign Food Mart dan pulang awal ke apartment kerana cuaca semakin sejuk. Foreign Food Mart terletak di hadapan Taj Restaurant. Di sini terdapat ayam dan daging halal. Tapi bahan makanan lain agak mahal di sini, di Lotte Mart lebih murah
Kami tiba di apartment dan sempat solat jamak zuhur dan asar di apartment dan kemudian masak makan malam dan berehat.
Esok kami perlu keluar awal pagi.
Kami tiba di apartment dan sempat solat jamak zuhur dan asar di apartment dan kemudian masak makan malam dan berehat.
Esok kami perlu keluar awal pagi.
Bercuti pada Musim Bunga di Korea 13 -20 April 2018: Day 3
Bercuti pada Musim Bunga di Korea 13 -20 April 2018: Day 4
Bercuti pada Musim Bunga di Korea 13 -20 April 2018: Day 5
Bercuti pada Musim Bunga di Korea 13 -20 April 2018: Day 6
Bercuti pada Musim Bunga di Korea 13 -20 April 2018: Day 7
Bercuti pada Musim Bunga di Korea 13 -20 April 2018: Day 8
Persiapan Percutian Kami Ke Korea
Penginapan kami di Korea

Tiada ulasan:
Catat Ulasan